Gout
![]() |
Kristal asid urik |
Ketika serangan gout berlaku, asid urik menyebabkan keradangan pada sendi. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terbabit. Malah pesakit terpaksa mengambil cuti semasa serangan gout berlaku.
Antara faktor-faktor pencetus gout ialah makan terlalu banyak makanan yang mengandungi purin, kecederaan sendi, tidak cukup minum air, badan tidak cukup kandungan air akibat pengambilan sesetengah jenis ubat dan mengamalkan diet melampau.
Amalan penting bagi pesakit gout ialah meminum air masak dua hingga tiga liter sehari. Ini penting kerana asid urik boleh dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing. Lebih banyak minum air masak, lebih kerap ke tandas seterusnya lebih banyak asid urik dapat dikeluarkan dari tubuh.
Pesakit gout juga disaran menghadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan serta makanan yang kaya purin seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercangkerang.
Kawal berat badan anda. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, mulakan senaman dan kawal pemakanan supaya penurunan berat badan berlaku perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak juga boleh menyebabkan serangan gout.
Pilih produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak serta karbohidrat kompleks seperti bijirin, sayur dan buah. Kurangkan makanan mengandungi karbohidrat diproses seperti roti putih dan kek.
Cara rawatan
Gout dirawat untuk mengurangkan kesan serangan akut. Ubat yang berbeza akan diberikan di bawah pengawasan doktor bertauliah. Antaranya ialah nonsteroidal anti-inflammatory drugs(NSAIDs), colchine, and steroids. Bagi mengawal aras asid urik pula allopurinol, febuxostat dan probenecid.
Terdapat juga rawatan semulajadi yang boleh diamalkan oleh pesakit gout. Ia lebih selamat dan berkesan.
Apakah supplement yang dicadangkan untuk pesakit gout?
1. Alfalfa- Ia berfungsi menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilannya memerlukan pesakit minum air 2-3 L sehari supaya proses detoks berlaku lebih lancar.
2. Omega guard – Minyak ikan yang bertindak sebagai anti radang. Ia mampu mengurangkan keradangan pada pesakit gout.
3. Performance Drink – Membantu pesakit mengawal kandungan air dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.