alzheimer, b-complex, lecithin, omega guard, parkinson, performance drink. otak sihat, tanda otak lemah, vivix

5 Tanda fungsi otak anda semakin lemah.

brain fog
  • Minah ! Nampak tak barang yang mak beli tadi? 
  • Hai lama tak jumpa.. tapi maaf ya saya lupa nama lah
  • Apa ya nak cakap…
  • Kalau kita panggil ni apa namanya ya…
  • Aku datang tadi nak ambik barang tapi aku tak ambil pun…

Pernah tak mengalami situasi-situasi tadi.. Itu sebenarnya tanda-tanda fungsi otak kita semakin lemah. Bukan orang tua je tau.. orang muda pun kadang pelupa.
Otak manusia terbina daripada sel-sel saraf neuron. Sel saraf neuron ini menghantar maklumat ke otak.

Sel saraf neuron tidak bersambung antara satu sama lain. Terdapat satu ruangan yang dipanggil sinapse. Maklumat yang bergerak sebagai impuls elektrik perlu melompat dari satu neuron ke neuron yang bersebelahan bagi memastikan maklumat sampai ke otak.

Terdapat 4 jenis neurotransmitter

  1. Acetylcholin – untuk memberi perhatian atau fokus dalam pembelajaran serta meningkatkan daya ingatan.
  2. Serotonin – meningkatkan hasrat seksual serta membina keyakinan diri. kekurangan serotonin menyebabkan stress dan mudah panik.
  3. Dopamin – untuk kreativiti, motivasi serta mengawal pergerakan. Biasanya pesakit parkinson mengalami kekurangan dopamin. Tangan sentiasa menggigil sebab tiada kawalan.
  4. Noradrenaline – untuk tenaga, kewaspadaan dan fokus.

Masalah / gangguan Otak

Percaya atau tidak, manusia akan hilang 1 g otak setahun. Dengan itu otak menjadi semakin lembap apabila kita semakin tua. Semakin tua semakin nyanyuk kita jadinya  Kehilangan ini melalui proses penuaan atau sakit.  Ia menyebabkan kita hilang atau susah fokus dalam pembelajaran. 
Ketidakseimbangan neurotransmitter menyebabkan kemurungan dan kegelisahan. Senang kata mudah merajuk. Ia kerap terjadi di kalangan mak atau ayah kita yang semakin tua. Macam mana pulak dengan isteri yang kuat merajuk??? Eh… terasa plak kan…

Penyakit Otak Umum

Alzheimer (‘The Long Goodbye’)

Penyakit alzheimer yang kronik biasanya mengambil masa 2 tahun untuk hilang segala ingatan. 
Kematian sel-sel otak akan menyebabkan hilang ingatan serta penurunan fungsi kognitif. Ia berpunca peningkatan plak amiloid di sekitar saraf neuron. Ia merupakan racun yang merosakkan sel-sel saraf. 
Dari mana plak datang plak ni ?   
Melalui makanan berkolesterol tinggi dan stress.Hmmmm….

Parkinson (Shaking)

Penyakit parkinson disebabkan penurunan kadar dopamin di otak. Makanya otak kita tak boleh mengawal pergerakan dan koordinasi tubuh.

Bagaimana kita boleh menjaga dan memperbaiki fungsi otak?

Antaranya ialah….
Kesihatan fizikal seperti bersenam dan cukup tidur. nampak tak.. kalau stress … ambil bantal tidur..
Sosial seperti menjalankan aktiviti gotong royong, majlis keraian dan melawat saudara mara.
Kognitif seperti sudoku dan teka silangkata.

Shaklee Boleh membantu

Shaklee boleh membantu meningkatkan dan menguatkan fungsi otak anda.
Set Otak Cerdas terdiri daripada Vivix, Lecithin, OmegaGuard, B-Complex dan Performance Drink.

Vivix

4 bahan utama vivix ialah anggur muscadine, lobak ungu, elderberry dan Polyganum cospidatum. kandungan resveratrolnya adalah 10x lebih kuat berbanding anggur biasa selain adanya polifenol. Ia bersifat anti penuaan (anti aging). 
Bagaimana vivix membantu pesakit alzheimer?
Dengan pengambilan vivix secara konsisten, vivix membantu melawan penghasilan plak-plak amiloid. Selain mengawal penghasilan plak-plak amiloid, ia juga membantu menghilangkan plak-plak amiloid dalam otak. Dengan itu, ia dapat melindungi sel saraf dan menjadikan perhubungan dan pancaran neuron menjadi lebih baik. 

Lecithin

Otak merupakan organ paling gemuk dalam tubuh kerana 60% komposisinya adalah lemak. Sel saraf kita dilindungi oleh lemak yang sihat.  Lecithin membekalkan kolina yang menghasilkan bahan neurotransmitter acethylcholine. Ia menyokong komunikasi serta meningkatkan fungsinya.

Omega Guard

Selain berfungsi untuk otak dan mata, ia turut membantu meningkatkan pengaliran darah. Ia berupaya menguatkan sinapse otak.  Omega menjadikan salutan lemak pada saraf menjadi tebal dan sempurna.
Omega Guard membekalkan DHA yang berfungsi untuk pembelajaran, ingatan dan mengurangkan keradangan dan yang paling penting melawan penyakit degeneratif seperti alzheimer.

Vitamin B Complex

Ia diperlukan dalam penghasilan neurotransmitter selain berfungsi mengubah gula menjadi tenaga. ia juga menjadikan kita lebih tenang (kurang stress) serta membantu mengelakkan anaemia.
B Complex shaklee membekalkan 8 jenis vitamin B yang lengkap beserta asid folik.  

Performance Drink

Performance Drink mengandungi tahap sodium dan potassium yang tinggi. Ia meningkatkan dan melancarkan pergerakan signal dalam saraf. Optilyte ini adalah full spectrum yang mampu memberi tenaga segera dan berpanjangan.
Dan akhir sekali pengambilan air mineral yang mencukupi bagi melancarkan penyerapan vitamin dan zat mineral yang optimum. Otak umpama span. Apabila disiram air ia akan sentiasa lembap dan berfungsi dengan lebih baik.
Ok… ada yang rasa-rasa menghampiri tahap nyanyuk tak.. hehehe..
boleh contact saya : Nurul 013 2742174
Boleh share info dengan kengkawan ya… jangan simpan tau…