blog

Project Blogmegashaklee 1.0 : FEEDBACK & REVIEW

blogmegashaklee 1.0

Alhamdulillah… last minit dapat join projek blogmegashaklee 1.0. Tak tahulah kenapa hati tu rasa sungguh ke boleh komited dalam projek ni tapi jari tu dok kelik link “Program Blog Mega Euphoria Shaklee” bersama penaja Master Norita Idris. Langkah kanan ni. Rugi tak join. Dapat belajar macam mana nak buang sawang. Ilmu tu penting. Itulah niat asalnya.

Bila kelas briefing pertama kali tu tak dapat nak join. Anak kedua sedang ulangkaji SPM jadi hanya dapat dengar recording zoom sahaja. Dengar lah Master N cakap “ni ada yang tak masuk lagi ni.. ” lebih kurang macam tulah bunyinya.

So malam tu moderator projek Master Salwa Zeyn buat kelas briefing blog. Saya masuk lah live. Macam saya ilmu IT ni sangat kurang. Bila Master Salwa kata tanya je apa nak tahu tentang blog. Saya dengar dan cuba update.

Bila hantar first entry tentang Intermittent Fasting sparring partner Ahlia Hafiz kata ” Kak tengok kat fb” sekian… sekian.. ada masalah kat blog. Allah. Sebelum tu rasa macam bagus. Entry dah siap. On time. Topik pun Intermittent Fasting. Dah belajar dengan Dr Malinda kat kelas ni. Lepastu barulah detect ada bug kat blog Mama Farizan. Gigih juga pegi semula ke blog. Tapi nak delete broken link kat sidebar pun takut. Alahai. Itulah bila kurang ilmu. Lama sangat tak jenguk dan update blog. Merajuk dah blog tu.

Moderator Master Salwa bagi option melalui cara kedua ialah buat blog baru. Kalau niat nak kekal lama boleh bayar sikit baru berbaloi. Okay terus setuju lah sebab niat asal memang banyak nak menulis. Harapan agar orang baca dan dapat manfaat.

So entry kedua Set Kurus Shaklee . Saya tak boleh guna blog lama. Sambil tunggu blog nurulfarizan.com activate saya pun mula menulis. Set ni saya beli untuk kedua ibu bapa saya. Ia sangat membantu mengurangkan rasa lapar dan stabilkan paras gula. Bila saya sibuk takde masa nak siapkan minum petang. Jadi saya shake shake je.

Allah bagi hadiah lagi.

Masa tu entry dah siap dan sudah dihantar pada penaja. Saya beri link Set Kurus Shaklee pada ahli group bisnes minta tolong review. Macam proof reading lah. Kemudian Ain anak bisnes pun kata.. akak kenapa macam ni..

tu dia..

hosting pening

Master salwa kata hosting pening. Oh faham. Bila ada support group macam ni, ada pulak pakar blog macam Master Salwa, ia sangat membantu bukan saja masalah teknikal macam tadi.. tapi juga jiwa kacau kecundang frust menonggeng gitu terus naik semangat dan siapkan.

Hadza Min Fadhli Rabbi

Ya Semuanya Kurniaan Allah

Tidak akan berjaya jika Allah tidak bantu

Tidak akan berjaya jika Allah tak hadirkan orang orang istimewa seperti Master N dan Master Salwa.

Tidak akan berjaya jika tiada support group dan sahabat-sahabat yang komited seperti Ahlia Hafiz, Huda Hussain, Ili Raihana Jumali.

Malam Jumaat keputusan pun diumumkan

Allahuakbar.. dapat hadiah vivix dan masuk dalam TOP 15. Terima kasih Master Norita penaja utama projek blogmegashaklee 1.0 dan moderator Master Salwa Zeyn. Berganda ganda Allah beri.

Apa yang saya nampak

Saya sangat hargai rakan rakan dalam group Projek Blog Mega EUPHORIA Shaklee yang hadir. Walaupun dari kumpulan dan leader berbeza tetapi sangat komited dan sangat-sangat membantu. Mereka yang hadir juga dari pelbagai peringkat umur, latar belakang dan pengalaman yang hebat. Semuanya bukan tentang kita tetapi siapa yang kita bantu dan dengan siapa kita bekerjasama. Insya Allah. Jika diberi peluang, saya mahu berada dalam circle begini melalui Projek blogmegashaklee 2.0 akan datang.

Biarlah ilmu sedikit tetapi jika diamal pasti menjadi. Ilmu yang saya dapat melalui blogmegashaklee 1.0 dan mula mengajak anak bisnes untuk menulis di blog. Hebatnya Allah. Sebelum ni rasa nak menulis satu entry sahaja pun ambil masa berhari-hari. Tetapi melalui projek projekmegashaklee 1.0 ni idea muncul mencurah-curah. Bukan hanya 400 patah perkataan lagi. Malah lebih mudah brainstorm idea melalui blogwalking serta mula belajar tentang kepentingan SEO.

Melalui blogmegashaklee 1.0 saya telah buat blogwalking. Rasa bersemangat nak baca perkongsian kawan-kawan. Lebih luas pandangan melalui penulisan pengalaman kawan-kawan disini. Belajar menulis copywriting melalui storytelling. Bila entry Set Kurus Shaklee, dapat sale vivix pulak. Tak pernah bayang boleh jual vivix melalui blog.

Target saya supaya dapat memberi peluang kepada lebih ramai orang bagaimana blog juga boleh menjana pendapatan. Walau hanya menggunakan handphone dari rumah. Dengan hanya menulis perkongsian entry yang tepat ia mampu bertahan selama bertahun tahun.Target menyebarkan ilmu untuk kembali sihat dan boleh melakukan ibadah harian dengan lebih baik. Saya juga mengharapkan momentum ini dapat diteruskan melalui blogmegashaklee 2.0 jika Allah izin.

Kesimpulannya, projek blogmegashaklee 1.0 telah memberi impak kepada ramai orang dimana kebanyakan mereka tidak tahu bahawa blog juga boleh menawarkan pendapatan lumayan kepada mereka. Mereka harus bersama-sama dengan orang yang betul dan minda yang betul untuk berjaya bersama. Ia bukan sahaja tentang berjaya buat sales sahaja tapi juga selalu diingatkan tentang pentingnya menjaga hubungan dengan pemberi rezeki. Mahal.

Projek blogmegashaklee 2.0 pastinya mempunyai cabaran yang berbeza. Vision yang berbeza dan lebih luas. Harapan saya untuk sama-sama menyumbang kepada waves yang bakal dicetuskan melalui projek ini. Melalui teknik yang betul dan tunjuk ajar daripada Master Salwa Zeyn, penaja projek Master Norita Idris dan sahabat-sahabat yang lain, saya pasti projek blogmegashaklee 2.0 akan memberi impak yang lebih besar.

Saya kongsikan feedback rakan-rakan yang turut sama-sama didalam projek #blogmegashaklee 1.0

Anda telah membuat keputusan yang bijak jika anda berminat untuk menyertai kami melalui blogging dan juga menjana pendapatan bersama. Sebagai permulaan, anda boleh mendaftar di sini sebagai <<<Ahli Berdaftar Shaklee bersama-sama kami>>>

Hubungi saya Nurul Farizan -0195413469

#blogmegashaklee 1.0

#blogmegashaklee

#blogmegashaklee 2.0

#projekblokmegaeuphoriashaklee

#projekblogmega

#shakleethrive23

#shakleetriumph23

#pengedarshakleekotatinggi

#pengedarshakleesungaimas

#pengedarshakleebandarpenawar

#pengedarshakleepengerang