9 Sebab Kenapa Komuniti bisnes Shaklee Sangat Best
Bila ditanya oleh rakan-rakan lain apa yang bestnya shaklee ni. Boleh je beli suplemen di farmasi.. Haa. Sebenarnya bukan setakat produk saja yang menambat hati tetapi ia juga tentang komuniti bisnes shaklee itu sendri. Kalau nak tau kenapa masih setia dan bestnya bisnes shaklee ni.. jom baca perkongsian saya ni.

1 Ukhwah harmoni
Tidak semua bisnes yang menitikberatkan tentang ukhwah yang harmoni terutama upline kepada downline. Kebanyakan bisnes yang saya pernah buat lebih berfokus pada orang yang boleh buat duit. Maka mereka berbaloi untuk dihargai. Tetapi dalam komuniti bisnes shaklee kita sentiasa diterima walau di level mana kita berada selagi kita mahu berusaha dan bekerjasama.
2 Saling support
Dalam komuniti bisnes shaklee Euphoria, Upline sentiasa menerima sesiapa pun dengan syarat yang sudah berdaftar. Kita boleh attend kelas, boleh masuk projek yang dianjurkan oleh komuniti bisnes shaklee. Kami saling support antara satu sama lain walaupun dari leader yang berbeza. Soalannya kenapa perlu support bisnes orang lain? Apabila dibawah jenama shaklee yang sama , kita akan berkembang bersama-sama. Waves ini menunjukkan kebersamaan kita dalam menjalankan bisnes shaklee secara harmoni. Melalui projek blogmegashaklee 1.0, saya telah mengenali ramai sahabat baru. Berblogging mengeratkan hubungan dan satu proses healing juga. best ke best
3 Pengisian rohani
Akhirat dikejar, dunia akan mengikuti. Begitulah asas kehidupan. Setiap kali perjumpaan atau kelas mingguan, pastinya leader-leader terutamanya Master Norita Idris akan mengingatkan supaya sentiasa bersyukur dan menjaga hubungan dengan Allah swt. Rezeki sudah pasti. Kira lah kesyukuran kita setiap hari. Fokus pada kurniaan allah. Kita harus berusaha. Selagi kita manusia kita pasti perlu diingatkan tentang kehidupan dunia dan akhirat. Dalam komuniti bisnes shaklee, untuk berjaya perlu tanamkan niat. untuk apa kita buat bisnes ni. Di sini kita boleh berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi supaya lebih sihat dan melakukan ibadah dengan baik. Kita juga diingatkan supaya jangan dengki dengan rezki orang. Kita doakan dan buat yang terbaik. Allah pasti nampak jika kita berusaha.
4 Ilmu Pengetahun lebih meluas
Setiap minggu pasti ada kelas yang dianjurkan oleh komuniti bisnes shaklee Euphoria. Kelas produk, kelas bisnes dan kelas marketing. Nature bisnes shaklee berbeza dengan bisnes yang lain. Jika tidak ada berada dalam circle yang betul dan mindset yang betul, pasti tidak akan berjaya. Maka untuk berjaya perlu ada ilmu. Contohnya,Ilmu 3s, 3P dan 3C, . Yang bestnya dalam komuniti bisnes shaklee sudah ada yang berjaya dan mahu mengajar pada ahli yang lain. Pahala berterusan melalui ilmu yang bermanfaat.
5 Peningkatan Kemahiran
Skills blogging, selling, komunikasi dengan manusia dan pencipta. Semua itu perlu dipelajari. Di dalam komuniti bisnes shaklee, kita digalakkan supaya sentiasa belajar dan upgrade kemahiran. Terus terang melalui shaklee saya mula mencari ilmu membuat video, reels dan paling penting skills handling rejection. hahaha. Sebab dulu ada pepatah.. cukup 100 rejection baru kamu akan berjaya. Ada juga skill mendengar. Skill ni tak dapat kat bisnes lain. Kenapa ? sebab kita perlu memahami individu sebelum boleh membuat sebarang cadangan. Perlu kesabaran yang sangat tinggi sebenarnya.
6 Time management
Urus masa dengan urus fokus. Apa anda fokus dalam shaklee? saya fokus menjaga kesihatan keluarga dan anak. saya juga fokus untuk membina perniagaan melalui shaklee. Mak selalu tanya, malam-malam tu kelas apa? Kelas nak belajar bagi mak makan ubat. Kena bijak mengurus masa antara keluarga dan kerja. Jangan tak tau, dalam bisnes shaklee ramai leader yang berjaya ,mempunyai anak yang ramai. Mereka bijak mengurus masa dengan baik. Kalau saya hanya menjaga kedua orang tua dan 5 orang anak, pasti boleh urus masa dengan baik. Betul ke betul ……AAAmiiin
7 Networking bersama doktor terlatih
Komuniti Bisnes shaklee juga ada networking dengan doktor-doktor yang bukan doktor biasa. Contohnya workshop bersama Dr Hafiz Sulaiman, Dr Redza dan Dr Mahesh. Dr Redza seorang saintis genius yang telah berkongsi dengan team shaklee kami. Dr Redza telah bekerjasama dengan selebriti seperti Siti Nurhaliza dan Jovian Mandagie. Dr Mahesh pula telah berkongsi tentang kepentingan antioksidan kepada tubuh. Best ke best
8 Kelas nutrisi
Kita bukan setakat menjual tetapi mengenali produk dengan sangat baik. Pengetahuan tentang produk ini penting supaya kita dapat gunakan secara berilmu. Seterusnya dapat memaksimumkan kelebihan produk. Produk yang kami jual dan kongsikan adalah produk yang kami makan. Jadi tentulah kita mahukan shaklee effect atau keberkesanannya yang maksimum.
9 Shaklee lifestyle
Kita adalah Walking testimoni. Kita dapat shaklee effect kerana mengubah hidup kepada shaklee lifestye. Ada orang sudah makan shaklee tapi masih tidak mendapat effect yang dimahukan. Ia tidak mudah . Cara makan dah betul tapi lifestyle tidak berubah. Maka kita tidak dapat shaklee effect tu. Tidak mudah mengubah cara hidup. Komuniti bisnes shaklee adalah walking testimoni dan telah melalui shaklee lifestyle dengan berjaya.
Best ke best komuniti bisnes shaklee.
Jom tengok apa kata sahabat yang lain



Anda telah membuat keputusan yang bijak jika anda berminat untuk menyertai komuniti bisnes shaklee. Sebagai permulaan, anda boleh mendaftar di sini sebagai <<<Ahli Berdaftar Shaklee bersama-sama kami>>>
Hubungi saya Nurul Farizan -0195413469
#blogmegashaklee 1.0
#blogmegashaklee
#blogmegashaklee 2.0
#projekblokmegaeuphoriashaklee
#projekblogmega
#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#pengedarshakleekotatinggi
#pengedarshakleesungaimas
#pengedarshakleebandarpenawar
#pengedarshakleepengerang