sahur

Mendidik Erti Keberkatan Sahur

sahur
Makan Sahur adakah sunat yang digalakkan

Sahur ialah makan di waktu awal pagi kira-kira 20 minit sebelum azan subuh. Ia adalah perkara sunat yang digalakkan bagi sesiapa yang ingin berpuasa tetapi tidak berdosa jika meninggalkannya. Rasulullah sendiri menyarankan umatnya untuk bersahur kerana terdapat pelbagai kelebihan dan keberkatan padanya.

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya di dalam sahur itu ada keberkatan.[2]

Wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. 

Keberkatan sahur dalam pelbagai segi. Antaranya :

  1. Ia mengikut sunnah Rasulullah untuk bangun sahur
  2. Menyelisihi ahli kitab
  3. Menguatkan diri untuk melakukan ibadah
  4. Menambah tenaga dan bersemangat
  5. Menahan diri daripada perbuatan tidak baik disebabkan lapar
  6. Penyebab memberi sedekah kepada yang meminta atau berkesempatan untuk makan bersama-samanya
  7. Penyebab kepada zikir dan doa pada waktu mustajab untuk berdoa
  8. Memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur

Antara hikmah bersahur adalah membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang yahudi dan Kristian (ahli kitab)

Sabda Rasulullah s.a.w, “Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” (Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 643) Ini kerana golongan ahli kitab memulakan puasa selepas bangun dari tidur. Semasa berpuasa, mereka tidak boleh makan dan minum serta tidak boleh bersetubuh. Ini berbeza dengan sunnah Nabi s.a.w yang memulakan ibadah puasa dengan ibadah bersahur.

sahur
Sahur

Bersahur cara Rasulullah

Rasululah bersahur dengan makanan yang baik walau hanya air dan kurma. Baginda juga melewatkan waktu makan lebih kurang 20 min sebelum azan Subuh.

Alasannya adalah jika bersahur terlalu awal boleh menyebabkan kita mudah lapar dan cepat penat. Ia juga boleh menyebabkan kita tidur semula dan terlepas solat subuh.

Sekarang lebih mudah. Waktu bersahur kita boleh memilih makanan sihat dan lebih mudah disediakan untuk tubuh nyahhtoksin sepanjang berpuasa.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

#pengedarshakleesungaimas

#pengedarshakleekotatinggi

#pengedarshakleebandarpenawar

#pengedarshakleepengerang