Uncategorized

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tidak Tahu

Intermittent fasting sangat popular sekarang. Ia sudah menjadi trend dikalangan semua orang yang nak kurus, nak muda, nak sihat dan nak umur panjang. Tetapi sesuatu yang baik itu pasti ada pro and cons nya kan. Keburukan Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu…..

keburukan intermittent fasting

Sabtu minggu lepas, 18 Mac 2023, alhamdulillah dapat menghadiri kelas secara online tentang “Fasting for Weight Loss” bersama Dr Redza . Perkongsian beliau sangat menarik tentang autophagy dalam intermittent fasting.

Autophagy adalah satu proses penting dimana ia dirangsang apabila tubuh badan berada dalam keadaan LAPAR. Contohnya apabila tubuh sedang berpuasa untuk tempoh 8-10 jam. Apabila sedang berpuasa, proses Autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.

Semasa melakukan intermitent fasting, Autophagy hanya berlaku apabila seseorang itu berpuasa selama 72 jam. Tetapi ia tidak mudah dicapai dan sesuai untuk orang yang kuat dan mantap.

Satu kelemahan autophagy yang dikesan ialah autophagy menggalakkan kemusnahan kolagen dan merencatkan penghasilan kolagen secara semulajadi. Kajian pada tahun 2017..

keburukan intermittent fasting

Jadi kalau kita sentiasa buat autophagy secara berterusan kemungkinan kita akan nampak macam zombie plak sebab kehilangan kolagen atau mengalami kerosakan kolagen. Jika kita salah menjalankan proses autophagy. Elok elok nak raya muda jelita jadi KAK LIMAH pulak dah..

Kolagen ni sangat penting kerana ia membentuk 30% dari tubuh kita seperti rambut, tulang, kulit dan tendon. Tubuh kita memang perlukan kolagen untuk perbaiki setiap bahagian tubuh tadi. Maka jika autophagy sentiasa berlaku, maka kita akan mengalami masalah rambut gugur, tulang rapuh, kulit semakin berkedut dan sakit otot. Sebagai penyelesaian ialah mengambil suplemen kolagen.

Seterusnya, Dr Redza mencadangkan stategi bagaimana kita masih boleh menjalankan autophagy sepanjang Ramadhan tanpa perlu mengalami kerosakan kolagen.

Selain berpuasa dan mengambil suplemen kolagen, beliau mencadangkan supaya kita menjaga pemakanan suku-suku separuh, ambil lemak baik, tidur cukup 5-6 jam dan bersenam. Gabungan aktiviti sepanjang ramadhan akan membantu kita mencapai proses autophagy dengan betul dan berkesan.

Terdapat suplemen terbaik yang menggalakkan proses autophagy iaitu resveratrol, astaxanthin, berberine, citrus bergamot dan kunyit. Jadi kita digalakkan untuk amalkan vivix kerana ia mengandungi resveratrol. Kesan autophagy yang disebabkan oleh resveratrol menjadikannya bermanfaat untuk mengurangkan keradangan dan menjana kematian sel kanser. Selain itu, koenzim Q10 juga adalah antioksidan yang mencetuskan autophagy dimana ia terdapat dalam CoQ Trol Plus.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan tidur yang lena boleh tambahkan polifenol dalam diet harian. Polifenol meningkatkan kualiti tidur yang lebih baik dan memperbaiki daya ingatan yang terjejas disebabkan kurang tidur. Polifenol ada dalam ResV dan boleh diambil sebelum tidur.

Dengan berpuasa, mengawal pemakanan, ambil lemak yang baik, tidur yang cukup dan bersenam, tubuh kita akan kembali sihat, lebih bertenaga dan lebih muda. Insya Allah.

Kesimpulannya, keburukan intermittent fasting yang ramai tidak tahu ialah kerosakan kolagen boleh berlaku semasa menjalankan proses autophagy. Ia harus diatasi dengan mengambil makanan kaya kolagen ataupun melalui suplemen kolagen.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Anda boleh mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan harga yang lebih istimewa. Hubungi kami untuk penerangan lanjut di :

Nurul Farizan – 0195413469

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #pengedarshakleekotatinggi #pengedarshakleebandarpenawar #pengedarshakleepengerang

Penafian: Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf