Vitamin C Bukan Untuk Cantik Sahaja
Popularnya vitamin C. Ramai sebenarnya sudah mula mencari suplemen vitamin C untuk mencantikkan kulit. Tetapi adakah anda tahu bahawa vitamin C bukan untuk cantik sahaja.

Sebenarnya banyak manfaat Vitamin C selain daripada mendapatkan kulit yang cantik….
- Vitamin C diperlukan untuk membentuk kolagen.
Vitamin C merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Ia membantu otot menjadi tidak lembik terutama dalam penurunan berat badan. Kekurangan vitamin C menyebabkan keradangan pada otot.
2. Memperbaiki simptom pendarahan
Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, kecederaan lambat pulih, kulit kering dan kasar.
3. Meningkatkan sistem imun
Vitamin C juga diperlukan untuk membina sel darah merah yang sihat bagi penyerapan zat besi yang lebih baik. Ia turut membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman seterusnya mengukuhkan sistem imun. Selain itu ia membantu mengurangkan alergi hidung dan kulit serta membantu mengurangkan asma. Sangat membantu mengurangkan simptom flu dan selsema
4. Memerangi kanser
Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang membantu meningkatkan interferon semulajadi tubuh. Ia merangsang pengeluaran sel T untuk melawan sel-sel kanser . Ia membantu membuang kimia merbahaya dari tubuh dengan berkesan . Seterusnya ia mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
5. Memperbaiki insomnia penyakit susah tidur
Bagi mereka yang sukar tidur, pengambilan vitamin C dengan dos yang cukup membantu memperbaiki insomnia. Ia juga mengurangkan stress dan juga masalah mental seperti keresahan.
6. Mengekalkan kolesterol sihat
Vitamin C membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus serta baik untuk menghalang pendalarahan dalaman. Sangat membantu mereka yang mengalami hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
Tubuh manusia tidak menghasilkan Vitamin C
Oleh kerana tubuh badan kita tidak menghasilkan vitamin C , maka kita perlu mengambil dos yang diperlukan melalui pemakanan buah dan sayur ataupun suplemen.
Tubuh perlukan vitamin C sepanjang masa sebagai perlindungan. Vitamin C bersifat larut dalam air, maka kita perlukan dos cukup dan berpanjangan di dalam tubuh.
Sustained Released Vitamin C Shaklee menggunakan teknologi pelepasan berperingkat. Ia bermakna setiap tablet membebaskan 1.5mg vitamin C kedalam tubuh kita setiap jam . Ujian klinikal membuktikan 2 tablet SR vitamin C mampu kekal didalam plasma darah selama 24 jam.
Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavonoid (25% dari kulit buah) dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia meingkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi dan bakteria.
Apa kata pengamal vitamin C

Kesimpulannya, vitamin C bukan untuk cantik sahaja. Kelebihannya sangat banyak dan membantu anda meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Boleh dapatkan SR Vitamin C Shaklee daripada saya.
Hubungi saya Nurul Farizan (0195413469)
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #pengedarshakleesungaimas #pengedarshakleekotatinggi #pengedarshakleebandarpenawar #pengedarshakleepengerang
Penafian: Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf
One thought on “Vitamin C Bukan Untuk Cantik Sahaja”