Set Kurus Shaklee

14 Tips Kurus Dengan Cepat

Azam nak kurus sebelum raya? Risau baju dah sampai tapi takut tak muat. Jom saya share tips kurus dengan cepat.

tips cepat kurus

Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk menurunkan berat badan.

Langkah pertama tiada lagi gula. Elakkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan. Agak sukar untuk mulakan tetapi ia menjadikan kita lebih sihat. Gula menyebabkan otak merembeskan hormon ketagihan. Bersabar untuk 5 hari pertama sahaja. Seterusnya anda akan terbiasa tanpa gula.

Seterusnya kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi putih. Ambil hanya sebesar penumbuk untuk keperluan harian. Kita masih perlukan karbohidrat untuk otak berfungsi dengan baik. Apa kata bertukar kepada keledek kuning. Ia mengubah persepsi terhadap karbohidrat.

Ubah cara memasak kepada kukus dan rebus. Ala – ala berpantang gitukan. Saya sangat suka makanan rebus dan kukus. Kalau pantang 44 hari mudah saja turun setakat 20 kg. Masakan pantang lebih banyak bahan seperti lada hitam, halia,serai, kunyit dan ulam. Nak berpantang lagi?

Ambil ikan sebagai sumber protein berbanding ayam dan daging. Ia lebih clean dan tiada suntikan hormon. Sekarang saya ambil ESP juga sumber daripada kacang soya non GMO.

Elakkan garam, makanan terproses seperti sosej nugget dan sebagainya.Garam membuatkan tubuh menyimpan air dalam badan. Tubuh tidak perlu menyimpan terlalu banyak air. Tanda tinggi garam pada tubuh ialah perut buncit dan haus.

Ambil sayuran hijau atau ulam. Makanan tinggi serat sangat bagus untuk sistem penghadaman. Ia membantu kita lawas dan membersihkan saluran usus dengan baik.

Jangan lupa air mineral tau. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk keperluan harian anda. Anda boleh perahkan lemon untuk boost metabolisme badan anda.

Kawal selera makan dengan cuka epal. Tambahkan satu sudu kecil cuka epal sider dalam air mineral anda setiap pagi. Ia sangat membantu mengawal tindakan insulin yang menyebabkan kita rasa lapar sentiasa.

Lakukan senaman berkala 30 min sehari. Badan yang aktif membolehkan pembakaran lemak berlaku lebih cepat. Jika anda berpuasa, anda boleh lakukan brisk walking selama 30 min. Pastikan tubuh berpeluh melalui aktiviti fizikal.

Jangan lupa tidur ya. Badan yang penat perlukan rehat. Tidur yang berkualiti diperlukan untuk tubuh membakar lemah berlebihan. Jauhkan sumber cahaya dan telefon bimbit semasa tidur. Bila otak rehat, automatik tubuh juga menjalankan proses pembakaran dengan baik.

Elakkan menimbang setiap hari. Kerana keterujaan untuk kurus menyebabkan kita selalu menimbang berat badan. Ada hari berat kita sagnant dan tidak berubah. Ada hari ia turun. Kita panggil tempoh plateu. Maka kita harus lihat semula gaya hidup dan pemakanan beberapa hari sebelum menimbang berat badan.

Tulis lah jurnal harian anda. Kurus dan sihat adalah gaya hidup. Lebih sihat.. insya allah lebih panjang usia, lebih banyak peluang untuk ibadah. Melalui jurnal kita boleh lihat gaya hidup kita yang sebenar. Sedentari atau pun aktif.

No Stress. Tahukah anda stress boleh menyebabkan anda gemuk. Oleh itu, tenangkan minda dan kawal emosi di bawah mod alfa. Minda yang tenang memberikan signal kepada tubuh untuk melakukan proses tubuh dengan baik. Bukan sahaja proses kurus tetapi juga sistem yang lainnya.

Tambahkan suplemen dalam diet harian. Sepanjang proses menurunkan berat badan, pasti kita akan kehilangan beberapa nutrisi penting tanpa kita ketahui. Paling tidak tambahkan multivitamin untuk melengkapkan keperluan harian anda.

Akhir sekali, berilah masa untuk diri sendiri. Kita gemuk bukan dalam masa sehari. Maka untuk turunkan berat badan juga perlukan masa. Seperti saya katakan tadi, ajar minda menerima dengan hati yang tenang. Orang yang tenang dan gembira akan mencapai berat ideal lebih cepat. Tips ni saya dapat daripada Dewi Hughes seorang selebriti Indonesia.

Selamat mencuba.

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #pengedarshakleekotatinggi #pengedarshakleebandarpenawar #pengedarshakleepengerang #pengedarshakleesungaimas