Uncategorized

Hari Raya Dengan Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan batin. Rasanya belum habis syawal lagi kan.. baru 10 Ramadhan 1444H. Sedikit coretan kenangan.. Hari Raya dengan Shaklee

hari raya dengan shaklee

Tidak meriah hari raya jika tiada 2 perkara ini.. ibu bapa atau atuk nenek dan anak anak. Betul ke betul. Bagi saya inilah masanya kita berkumpul dan bersama ahli keluarga. Kesibukan kerja mencuri banyak masa untuk diluangkan. Masa hari raya nilah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dulu.

Tahun ini kami dapat membawa abah dan mak berziarah. Melawat saudara mara yang mula tidak sihat. Ada yang sudah tidak nampak. Ada yang berkerusi roda. Mereka semua sudah semakin uzur. Ada yang baru sahaja menjalani pembedahan.

Bermulalah drama air mata. Mereka terkejut dengan kesihatan abah yang baik diusia 75 tahun. Masih kuat berziarah. Walau dapat berjumpa sekejap sahaja… ia amat bermakna buat mak dan abah. Sebenarnya abah dan mak pengamal vivix, vitamin C dan ESP tau. Rutin dengan doktor pun tak pernah terlepas. Alhamdulillah.

Jalan jammed .. Malaysian itulah trademark kita. Sebelum keluar rumah, tengok peta siap-siap. Waze pun boleh tapi kadang-kadang termasuk jalan kebun pulak. Sediakan performance drink dan bancuh esp. Bukan apa nak elak rasa lapar bila tersangkut kat jem.. Kedai makan banyak tutup kecuali mamak la…

Bila sampai di kampung, perut dah bunyi. Tuan rumah dah tahu yang datang ni dah kelaparan. Juadah istimewa ketupat, rendang, sambal goreng dan ayam masak merah. Teringat lagi kecik-kecik tolong arwah atuk masak. Cucu 40 orang. Kami makan ikut stesen. Lepas tu kemas cuci pinggan. main lagi.

Kali ni ambil phytocol-st siap-siap sebelum makan. Sekurangnya membantu serap kolesterol tu.. Makanan memang sedaplah. Hajat hati nak raso-raso tapi terlebih pulak. hahahaha. Lepas makan suka ambil alfalfa dan lesitin. Kalau jenis alah makanan laut, belacan atau daging… memang disarankan ambil alfalfa lepas makan. lesitin mengumpulkan lelemak yang banyak tadi tu.

Cuaca panas tak… abang long dan adif demam plak masa raya ni.

Ibu mana vitamin C? Mak long ! nak makan apa ni?

Takut kene tinggal beraya kan.. Vitamin C, Omega dan Hero Kiddo wajib standby. Minum air banyak sikit. Risau plak terkena strok haba.

Kami dapat berkumpul adik beradik pada hari raya ke 8. Masing – masing singgah sekejap pada ramadan terakhir dan berhari raya di rumah mertua. Apa pun jalankan tanggungjawab sebagai anak menantu. Insya allah rumahtangga akan berkat sepanjang hayat.

Kecuali adik saya yang bongsu. Mertua terkena covid plak. Alahai sedihnya hari raya hanya berdua suami isteri. Mulanya demam. kemudian harus kuarantin sehingga hari raya ke 5. Apa pun inilah ibrahnya. Berdekatan dengan mereka, boleh pantau dari rumah sahaja.

Apa yang best, tahun ini kami dapat berhari raya dengan sihat. Semua orang pun seronok. Rasa tenang dan damai je bila nak mula berziarah. Doakan kita semua dapat menyambut Ramadhan dan Syawal lagi pada tahun hadapan.

Lupa plak nak kabor. Ramai yang order Set Rahmah time raya ni. Bisnes shaklee ni kan santai je. Boleh buat dari mana saja. Tapi kalau nak jana pendapatan, perlu ada mentor. Perlu ada team dan perlu ada azam untuk ubah diri dan minda. Klik sini aje nak daftar sebagai ahli untuk penjimatan sehingga 25% setiap kali pembelian.

Mari sembang santai untuk ketahui lebih lanjut tentang shaklee. Mana tahu kita boleh bekerjasama mencari rezeki bersama shaklee kan.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Hubungi kami Farizan (http:///www.wasap.my/0195413469)

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #pengedarshakleekotatinggi #pengedarshakleebandarpenawar #pengedarshakleepengerang #pengedarshakleesungaimas