Open House Hari Raya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diam tak diam dah nak habis Syawal. Berjujuk jemputan open house Hari raya sepanjang Syawal ni. Kalau terlalu jauh terpaksalah menolak. tetapi jika hanya berdekatan insya allah jemputan akan dipenuhi.
Kami di Johor selain jemputan ke open house, ada marhaban tau. Duduk dengan parents.. tak selesa kalau raya takde marhaban. Abah kata kalau marhaban rumah kita ada barakah orang selawat. Jadi kami sempat menjemput orang surau bermarhaban selepas Isyak.

Menu marhaban ni simple je. IKutlah nak sedekah apa.. Jadi tahun ni mak nak makan Sup Tulang.. Makan dengan makaroni dan kentang goreng. Minum dengan jus tembikai. Musim panas ni tak tahu nak hidang apa.
Alhamdulillah bertambah sup tulang panas-panas.
Menu open house paling popular….. jeng.. jeng … jeng..
MEE Kari…
Saya jumpa ramai tuan rumah menyediakan mee kari sebagai menu utama. Mudah dan semua orang makan. Malaysia dan mee kari berpisah tiada. Selain itu ada juga menu sampingan seperti ketupat, rendang, lemang dan juga laksa.
Satu hari berapa ramai yang buat open house?.. ramai juga.. betapa meriahnya.
Jom saya kongsi resepi sup tulang dari arwah atuk saya..
Bahan- bahan:
Tulang lembu
Bawang merah
Bawang putih
Halia
lengkuas
3 sekawan
sup bunjut
rempah suh
ketumbar
jintan kasar
kunyit hidup
garam secukup rasa
Cara penyediaan:
- Rebus tulang bersama halia dan bawang putih.
- Tumis bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan 3 sekawan sehingga naik bau.
- Masukkan rempah sup dalam 3 sudu besar..
- Masukkan tulang dan air rebusannya..
- Masukkan ketumbar, jintan kasar dan kunyit hidup dan masak sehingga tulang empuk
- perasakan dengan garam
Makan sup tulang jangan rasa bersalah. Makan apa pun rasa bersalah kalau nak ikutkan.. Jadi bagi mereka yang mahu mengurangkan kolesterol saya ada produk rahsia yang boleh anda cuba. Saya akan ceritakan pada entry akan datang. Insya Allah
Cukup coretan untuk hari ini… Semoga tahun depan ada rezki open house lagi.
Terima kasih kerana sudi membaca..
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakletriumph2023 #pengedarshakleesungaimas #pengedarshakleebandarpenawar #pengedarshakleekotatinggi