kata-kata motivasi, Uncategorized

Hiduplah dari dalam Keluar

Memulakan hari dengan kata-kata motivasi setiap hari, pasti akan memberikan impak berbeza. Hiduplah dari dalam keluar. Ubahlah hati dengan ilmu untuk melihat kehidupan luaran. Pernah dengar tak ungkapan tu.

Saya suka mendengar talks daripada Prof Muhaya terutamanya dalam 7am tranformation 2023. Walau hanya 30 minit sahaja tetapi ia memberi satu ilmu baru setiap hari. Rasa jiwa terpenuhi.

Satu ungkapan beliau yang mendalam ialah ‘Hidup dari dalam keluar’. Ungkapan ini sangat memberi impak pada diri saya terutamanya. Ianya tentang siapa diri kita sebagai hamba Allah.

Hidup kita dikelilingi oleh orang-orang yang kita sayang. Bagaimana hati kita rasa, orang sekeliling pasti akan rasa frekuensi yang sama terutama anak-anak dan keluarga.

Masa tu baru tersedar, banyak luka dalam diri membuat rasa sangat lemas dan tiada semangat. Rasa nak marah pun ada. Kehidupan seharian hanya sibuk kerja sampai bawa balik ke rumah.Itu pun tak siap juga. Allahuakbar.

Menurut Imam Al-Ghazali, masa kita terbahagi kepada 4 keutamaan.

Yang pertama fokus mencari ilmu.

Yang kedua fokus kepada ibadah

Yang ketiga fokus memberi manfaat kepada orang lain dan

Yang keempat mencari keperluan hidup.

Mengapa stress di tempat kerja. Kerana fokus sudah terbalik. Semakin hari sibuk di tempat kerja tanpa ada masa mencari ilmu, tanpa melakukan ibadah dengan tenang dan tidak memberi manfaat kepada orang lain. Jiwa rasa kosong.

Sedar tak sedar itulah yang berlaku.

Sebagai langkah pertama invest masa mencari ilmu kerana hanya dengan ilmu kita dapat melakukan ibadah dengan betul dan memberi manfaat kepada orang lain. Kehidupan dunia Allah akan jaga sebagaimana kita menjaga hubungan dengan tuhan.

Sebagai manusia, kita pasti akan diuji. Akan ada rasa insecure, sakit hati, sedih atau marah. Ia pasti akan berlaku setiap hari.

Cuba renung kisah Rasulullah saw ketika baginda dihina, dikeji, dilempar batu dan diugut bunuh oleh pemimpin kafir di Mekah. Sebagai manusia, Rasulullah pasti berasa sedih. Maka, Allah memberikan satu hadiah yang sangat besar hikmahnya kepada Rasulullah.

SURAH AL-MULK

Selama kita tahu, surah ini sebagai pelindung dari siksaan kubur tetapi ia juga sebenarnya sebagai terapi diri rasulullah setiap kali bersedih. Baginda membaca setiap malam kerana baginda sangat memahami maksud setiap ayat.

Surah al mulk diturunkan di Mekah ketika rasulullah mahu dibunuh. Pada masa itu, baginda Rasulullah belum lagi berhijrah. Rasulullah sedang menghadapi saat genting berhadapan pemimpin kafir.

Saat ia diturunkan, ia memberi kekuatan dalaman pada rasulullah. Allah kata tenang dan amanlah wahai Muhammad. Allah menjamin tidak akan sampai mudarat pada baginda.

Sekarang kita sudah tahu mengapa rasulullah menganjurkan kita untuk membaca surah al mulk pada setiap malam kerana manusia seperti kita pasti menghadapi ujian setiap hari. Inilah kata-kata motivasi hebat dari Allah untuk Nabi Muhammad dan umatnya.

Bila sedih nak baca apa.. Bacalah al-mulk ya sahabat.

Alhamdulillah. Sedikit coretan untuk sahabat semua. Sama-sama perbaiki hati dengan ilmu. Hanya hati yang tenang mampu memberi kebahagiaan pada orang lain. Hanya hati yang tenang boleh memberi kasih sayang. Hiduplah dari dalam keluar. Wallahualam.

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #pengedarshakleekotatinggi #pengedarshakleebandarpenawar #pengedarshaklepengerang #pengedarshakleesungaimas