Uncategorized

Testimoni Shaklee Saya

Entry kali ni saya akan beri testimoni shaklee saya. Setelah menjadi pengguna shaklee selama 9 tahun, tidak salah berkongsi sedikit sebanyak perubahan yang telah saya alami. Mana tahu ia memberi jalan penyelesaian untuk masalah anda.

Pertama kali menggunakan produk shaklee ketika saya mengalami gastrik yang teruk. Saya memang menghidap gastrik sejak dari sekolah rendah lagi. Saya sudah mencuba pelbagai makanan kesihatan tetapi tidak sesuai dengan saya.

Satu hari lepas keluar hospital, adik saya kata kenapa tak cuba susu soya? saya jawab sudah cuba. Adik saya kata cuba yang mana. dia tu yang viral. tong besar. harganya mahal sikit katanya.

Dengan gigih saya menggoogle dan jumpa. OOOhh .. saya kata.

Call sid terdekat dengan rumah iaitu Master Farah Alias dan setuju nak jumpa di Sri Gombak. Arwah suami pun setuju nak teman saya ke sana. Masa tu nak dapat free membership harus buat belian sebanyak rm700..

Inilah set pertama saya beli dulu. Sebab saya sedang menyusukan anak ketiga masa tu.

testimoni shaklee saya

Set penyusuan shaklee ni memang memudahkan saya. Saya memang tidak ada masalah menyusukan anak tetapi dengan set ini susu menjadi semakin meriah dan pekat. Anak cepat kenyang dan tidak meragam. Mudahlah saya menguruskan rumah dan kerja.

Kemudian, saya tidak mudah letih dan ada tenaga untuk uruskan rumah dan kerja. Saya pula harus keluar daerah bila perlu. Jadi ia sangat sangat membantu.

Seterusnya kulit semakin baik dan sihat. Senang aje bersiap pada waktu pagi. Kulit menjadi lebih lembab dan bersih. Kalau nak pakai bedak atau foundation, sedikit sahaja pun dan memadai. Berseri gitu.

Saya juga mengalami period yang tidak teratur. Kadang-kadang lama tidak datang bulan. Risau jugalah kalau ada apa apa masalah. Pada masa yang sama, saya mula amalkan gla dan garlic.

Bulan pertama, kitaran haid semakin baik. Tidak lagi skip skip macam selalu. Perut pun rasa kempis. Habis semua keluar. Lancar sungguh. Alhamdulillah … tiada lagi PMS. cukup masa elok saja ia muncul.

Sehinggalah satu bulan tu saya tidak datang bulan. Dalam hati takkan jadi lagi macam dulu ni. Arwah suami kata , cuba awak beli test kit untuk pregnancy. Awak sibuk jual set mengandung, mana tahu. Betullah tu telahan arwah suami.

Jadi saya hamil anak keempat ketika berumur 39 tahun. Kehamilan kali ini, Allah anugerah dengan GDM (Gestational Diabetes Melitus). Kencing manis bagi wanita semasa hamil. Bacaan gula darah agak tinggi dan sukar juga nak kawal.

Selalunya saya mengalami Hb yang rendah. Bacaan Hb selalunya hanya 9 atau 10. Gigih juga nak makan makanan yang naikkan Hb. Bila Hb terlalu rendah boleh jadi pitam dan anak dalam kandungan juga akan dapat kesannya.

Dengan Hb rendah dan GDM lagi, saya nekad mengamalkan Set Kehamilan Shaklee untuk kehamilan keempat ni. Bacaan Hb semakin baik sehingga 13. GDM juga terkawal dengan baik sehinggalah melahirkan anak keempat. Pastikan ikut arahan doktor dan nurse ya. Pengalaman mereka banyak dalam mengurus ibu hamil dengan GDM.

Seterusnya, saya suka sangat dengan skincare dari shaklee. Mula-mula saya gunakan set Enfuselle bagi kulit berminyak. Selepas itu saya upgrade menggunakan nutriwhite satu set. Kulit semakin baik. Ada juga dalam hati. Bagus ke produk skincare direct selling ni.

Saya kan mudah terpengaruh iklan tv. Model yang ada selalu kulit dah cantik. Tak susah nak jaga kulit. Golongan kami ni memang lah kene cuba dulu.

Tapi dengan nutriwhite, masalah kulit kusam dan berminyak dapat diatasi dengan mudah. Bila Nutriwhite diganti dengan Youth, percayalah dengan kulit anda yang baru. Semakin sihat dan muda.

Sekarang ni apa yang saya suka consume. Masih lagi sama cuma saya tambah dengan vivix, resV dan kolagen. Bagi mendapatkan jantung yang lebih sihat saya turut amalkan C-Qtrol plus dan phytocol st. Almaklum. Bila usia semakin bertambah, semua pun dah mula haus sana sini. Kenelah repair sikit dan tambah mana yang perlu.

Inilah anak anak shakelee saya.. Kakak dan adik.

Banyak juga celoteh hari ni. Begitulah testimoni shaklee saya. Perkara baik buat apa nak simpan. Saya suka share dengan keluarga dan kawan-kawan. Mereka sihat hati kita pun suka. Nak sembang lagi? Boleh je hubungi saya di no 0195413469. Insya allah saya akan bantu mana yang saya tahu.

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #pengedarshakleekotatinggi #pengedarshakleebandarpenawar #pengedarshakleepengerang #pengedarshakleesungaimas