Uncategorized

Tips penting apabila mula kerja dari rumah.

kerja dari rumah

Mula berfikir untuk kerja dari rumah. Pasti anda mempunyai pelbagai sebab untuk memulakan suatu bisnes dari rumah. Ramai sudah berjaya dan pasti mereka yang telah berjaya ini mempunyai tips hebat.

Ini juga telah dikongsi oleh sahabat saya Fieza Shukor di blog beliau tentang kelebihan kerja dari rumah.


Saya kongsikan 5 tips asas yang saya amalkan apabila saya bertekad untuk memulakan kerja dari rumah.

Tips 1 Mengurus fokus harian

Apabila bekerja dari rumah, kita harus bijak mengurus fokus mengikut turutan keutamaan. Senaraikan tugasan harian dirumah dan urusan bisnes yang perlu diselesaikan. Jika anda menguruskan keluarga, pasti ia menjadi keutamaan anda juga. Maka susun dan rancang sebaik mungkin supaya kita tidak menjadi stress dan penat. Setiap hari kita pasti ada kpi yang perlu dicapai bukan. Jadi senaraikan semua tugasan dan kelaskan ikut kesesuaian termasuk membeli barang keperluan harian.

Tips 2 Membuat jadual atau time blocking

Time blocking ni sangat penting supaya kita nampak pengurusan waktu berjalan dengan baik. Contohnya.. jika waktu perniagaan kita bermula jam 9- 12 tengahari. Maka kita akan cuba menyusun waktu sebaik mungkin agar urusan peribadi juga terlaksana. Ia juga mengelakkan kita terlalu penat atau fokus pada satu perkara sahaja.. akhirnya penat dan burn out. Penting time blocking untuk waktu solat, makan dan urusan peribadi juga.

Tips 3 Sediakan suasana kerja di satu sudut kediaman anda.

Ini sangatlah penting supaya kita boleh fokus apabila kita sedang berurusniaga. Elakkan suasana bising. Dan bolehlah berpesan dengan ahli keluarga bahawa anda sedang berurusniaga. Sekurang-kurangnya sediakan satu meja kecil di ruang tamu untuk keselesaan anda. Apa yang penting adalah anda seronok menjalankan amanah dari rumah.

Tips 4 Menjaga hubungan dengan Allah pemberi rezeki dan ahli keluarga.

Inilah tips paling penting yang saya dapat dari mereka yang berjaya. Sebenarnya sebelum memulakan sebarang urusniaga kita, mulakan urusniaga dengan Allah yang Maha memberi rezeki. Mintalah untuk rezeki dari pelbagai arah dan yang terbaik untuk kita sekeluarga. Jagalah hubungan dengan ahli keluarga kerana kita mencari rezeki untuk mereka. Adat berniaga ada pasang surutnya. Jadi wajarlah kita sentiasa meminta doa yang baik untuk keluarga dan perniagaan kita.

Tips 5 Sentiasa proaktif dan kreatif.

Bekerja dari rumah bukan bermakna anda tidak keluar rumah langsung dan tidak bertemu jiran tetangga. Salah tu. Inilah masanya anda bermesra dan mengenali jiran setaman dengan lebih dekat. Berbanding mereka yang bekerja pada waktu pejabat, keluar pagi pulang petang, anda mempunyai lebih masa mengenali jiran tetangga. Bolehlah anda perkenalkan bisnes anda pada kumpulan yasin dan marhaban di taman anda. Ataupun kekal aktif dengan kumpulan zumba atau gym yang anda telah join. Best ke best

Apa yang penting ialah uruslah fokus dan masa anda akan terurus dengan baik. Jika ada cabaran menanti, fokuslah pada tujuan supaya masalah dapat diatasi.

Jemput baca tentang bisnes online shaklee yang saya sedang usahakan.

Sedikit bingkisan coretan dari saya. Diharap ia membuka jalan bagi anda yang mahu memulakan kerja dari rumah. Pastikan syukur itu lebih banyak supaya anda seronok dan bahagia.

#blogmegashaklee #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #pengedarshakleekotatinggi #pengedarshakleebandarpenawar #pengedarshakleepengerang.